Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T tuhan yang menguasai sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas Junjunagn Besar Nabi Muhammad S.A.W Nabi dan Rasul yang membawa umat manusia dari dunia kegelapan kepada sinar Islam yang bergemerlapan, juga yang membawa rahmat ke sekalian alam.
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengarang apa-apa di dalam blog ini kerana kesibukan tugas seharian dan jugak urusan keluarga, pada hari ini saya mengambil kesempatan masa yang ada untuk mengarang dan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang ada untuk tatapan dan manfaat bersama
Pada post kali ini saya akan berkongsi berkenaan dengan Qorin:
Hakikat Qorin
Qorin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Setiap manusia yang dilahirkan pasti mempunyai pendampingnya sendiri. Malah Rasulullah S.A.W. juga mempunyai qorinnya , tetapi qorin Baginda telah diislamkan, sedangkan qorin yang berada di damping kita adalah kafir.
Secara dasarnya, Qorin kafir ini mendorong manusia yang didampinginya bagi membuat kejahatan. Dalam masa yang sama, ia mengganggu manusia daripada melakukan kebaikan, ia mengganggu manusia ketika solat, membaca al Quran atau belajar. Ia menimbulkan perasaan was-wan dan tidak khusyuk.
Mengimbangi Qorin ini Allah megutuskan malaikat untuk membisikkan kebaikan dan mengajak mereka melakukan kebaikan dan ibadah. Maka manusia diberikan pilihan bagi mengikut arah yang dikehendakinya.
Qorin brpisah dengan manusia yang didampinginya apabila manusia meniggal dunia. Tetapi Qorin tidak mati dan terus meninggal dunia. Di akhirat kelak, semua Qorin akan dihadapkan di hadapan Allah bagi diadili. Mereka tidak akan bertanggugjawab di atas segala dosa yang dilakukan oleh manusia yang mereka dampingi, walaupun mereka yang mengajak melakukan dosa tersebut.
Punca Penguasaan Jin Qorin ke atas Manusia
Antara punca yang menyebabkan Qorin berjaya mempengaruhi manusia sehingga mengikut kehendak jin ini melakukan maksiat :
1. Apabila bisikan-bisikan Qorin ini sering dipatuhi sehingga manusia menjadi hamba kepadanya.
2. Apabila ada manusia lain yang menggunakan sihir atau ilmu hitam bagi membangkitkan dan menguatkan Qorin hingga dapat menguasai manusia lain.
Simptom Orang Dikuasai Qorin
1. Orang dikuasai Qorin akan berterusan merasa was-was dan ragu-ragu dalam melakukan ibadah, sehingga terpaksa berwuduk berulang kali, tidak pasti bilangan rakaat dalam solat dal lain-lain. Ia juga mencetuskan perasan prasangka dan cemburu kepada orang lain hingga menimbulkan sengketa sesama pasangan, keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan.
2. Apabila dibacakan ayat-ayat al- Quran, ia akan menguap seperti orang mengantuk.
3. Apabila dibacakan surah al-nas, dia akan menangis.
4. Terlalu banyak mengeluh dengan keadaan dirinya.
Rawatan Ruqyah bagi Orang Dikuasai Qorin
Rawatan menyembuhkan orang dikuasai Qorin jahat :
1. Baca surah al-Fatihah ( 7 kali )
2. Baca surah Thaha ( 3 kali )
3. Baca surah Yunus ( 3 kali )
4. Baca SALAMUN QAULAN MIRRABIRRAHIM ( 3 KALI )
5. Baca surah Yasin ayat 71, 72 dan 73, ( 11 kali )
6. Baca surah al-Ikhlas ( 3 kali )
7. Baca surah al-Falaq ( 3 kali )
8. Baca surah al -Nas ( 3 kali )
Rawatan Mengusir Qorin
1. Baca surah al Kafirun dalam seminggu ( 1002 kali )
2. Baca surah al- Ikhlas dalam seminggu ( 1002 kali )
3. Baca surah al-Falaq dalam seminggu ( 1002 kali )
4. Baca surah al-Nas dalam seminggu ( 1002 kali )
Denagn izi Allah selepas mengamalkan ruqyah ini Qorin yang menguasai manusia dapat dilemahkan. Sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah dengan baik.
Sekian....

