Selamat Datang Ke Blog Sahabat Perawat Riteq ( Cawangan Kepala Batas, Kedah )

Sabtu, 20 April 2013

PESANAN KEPADA PESAKIT..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji kita panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T Tuhan sekalian alam
Selawat dan dalam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Rasul yang sangat kita cintai yang membawa rahmat ke sekalian alam...

Setelah sekian lama tidak bercerita di dalam blog ini, pada hari ini terdetik dan tergerak di hati saya untuk saya berkomentar sebentar.... Hal ini kerana di dalam rawatan yang telah dilakukan ke atas pesakit yang datang meminta ikhtiar rawatan, ada sesetengah pesakit menganggap bahawa perawatlah yang mampu menyembuhkan penyakit yang dihidapi..

iktikad ini perlu diperbetulkan terutama kepada pesakit yang mengaggap bahawa sakit yang datang itu hanya perawat yang boleh sembuhkan.... Untuk pengetahuan anda semua perawat hanya berdoa sahaja kepada ALLAH, apa jua teknik mahupun kaedah yang digunakan, itu hanyalah sebagai sebahagian ikhtiar dalam rawatan sahaja, jangan kita melihat kepada teknik yang digunakan itu mengkagumkan kita, kita rasa dan berkeyakinan bahawa penyakit yang dihidapi boleh disembuhkan oleh perawat...

Sebagai pesakit, perlu beriktikad bahawa apa jua yang terjadi walhal penyakit yang dihidapi itu adalah daripada ALLAH... Sakit yang dialami itu adalah merupakan ujian daripada ALLAH untuk menguji sajauh mana kita sebagai hambaNYA ingat kepadaNYA... Mungkin ketika kita sihat kita lalai dari mengingati ALLAH, namun bila kita ditimpa musibah, barulah kita ingat kepadaNYA... Bila ini terjadi kepada kita, kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH masih lagi sayang dan ingat kepada kita... ALLAH turunkan sakit atau musibah itu bertujuan supaya kita tidak terlalu leka dan lalai dan ia juga sebagai peringatan kepada kita bahawa ALLAH itu ada....

Apabila kita ditimpa musibah atau penyakit kita haruslah beikhtiar untuk mencari penawarnya.... Namun janganlah meletakkan sepenuh pengharapan kepada perawat untuk penyakit itu sembuh, sebaliknya sama-samalah kita yakni perawat dan terutamanya pesakit berdoa kepada ALLAH supaya ALLAH mengangkat penyakit yang dihidapi dari tubuh badan, kerana tidak ada kesembuhan yang mutlak selain dari ALLAH S.W.T... 

Dan apabila telah sembuh janganlah pulak kita lalai atau lupa kembali kepada ALLAH.... Banyakkanlah melakukan amalan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH S.W.T dan kita hendaklah senantiasa sedar bahawa kita hanyalah makhlukNYA dan ALLAH berhak untuk melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakiNYA ke atas makhlukNYA....

Diharapkan apa yang dikongsikan ini dapat memberi manafaat kepada kita semua... Semoga kita menjadi hamba yang selalu ingat kepda ALLAH S.W.T...

Wassalam..............




Tiada ulasan:

Catat Ulasan