Alhamduliilah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam
pada posting kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca blog sekalian berkenaan dengan jenis-jenis penyakit..
Secara lazimnya penyakit terbahagi kepada 2 jenis :
1. Penyakit Zahir
Iaitu penyakit yang terkena pada tubuh badan, kesan daripada pemakanan dan virus yang mengjangkiti
pada tubuh badan seseorang yang kurang daya tahan penyakit.
2. Penyakit Rohani
Iaitu penyakit yang disebabkan masuknya ruh lain ke dalam tubuh badan pesakit yang mengakibatkan
berlaku pertembungan di antara dua ruh dalam satu jasad. Dita'rifkan juga oleh ahli psikologi sebagai
penyakit 'KERASUKAN' samada sebahagian kerasukan ataupun keseluruhan kerasukan.
Untuk rawatan penyakit zahir bolehlah dirujuk kepada rawatan moden samada di klinik-klinik atau di hsopital. Manakala bagi penyakit rohani yang disebabkan oleh gangguan jin, rawatannya mestilah melalui perawat yang menggunakan kaedah rawatan atau jampi dari ayat suci al Quran, Zikrullah ataupun doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Namun tidak dinafikan bahawa penyakit zai hir juga boleh diubati dengan cara kerohanian kerana al Quran adalah penyembuh bagi penyakit jasmani dan rohani.
Penyakit rohani yang disebabkan oleh gangguan jin terbahagi kepada dua bahagian :
1. Penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin
Ini berlaku kerana beberapa sebab, di antaranya ialah :
- Sikap jin yang sentiasa dengki dan hasad kepada manusia yang mempunyai kelebihan berbanding mereka.
- Jin menyukai dan jatuh cinta pada manusia.
- Kezaliman secara tidak sengaja yang dilakukan oleh manusia terhadap jin contohnya : air panas yang dicurahkan kepada mereka, membuang najis di tempat kediaman mereka dan sebagainya
- Sikap manusia yang takabbur dan lalai daripada mengingati ALLAH.
- Manusia yang mengamalkan perkara-perkara khurafat, ajaran songsang dan amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.
- Jin yang diwarisi secara sedar ataupun tidak sedar melalui keturunan atau melalui ilmu yang dipelajari.
2. Penyakit yang disebabkan oeleh gangguan sihir
Sihir bermaksud memalingkan atau menukarkan sesuatu perkara yang sebenar kepada perkara
sebaliknya. Sihir boleh terjadi apabila berlakunya perjanjian dan persetujuan di antara tukang sihir dan jin,
jin tersebut diarahakan supaya melaksanakan suruhan tukang sihir.
Jenis-jenis sihir :
- Sihir pemisah
- Sihir pengasih
- Sihir khayalan/ pukau
- Sihir makan/ santau
- Sihir gila
- Sihir kera sumbang ( tidak suka bergaul )
- Sihir pendarahan
- Sihir bisikan
- Sihir sakit anggota badan
- Sihir menghalang perkahwinan
sekian dulu perkongsian pada kali ini
WASSALAM....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan