Selamat Datang Ke Blog Sahabat Perawat Riteq ( Cawangan Kepala Batas, Kedah )

Sabtu, 26 Januari 2013

TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA GANGGUAN JIN/SIHIR

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH... Selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W... Pada post kali ini saya menyenaraikan gejala @ tanda-tanda gangguan jin.

Dari aspek perubatan islam tanda-tanda gangguan jin pada diri seseorang boleh dibahagikan kepada 2 tanda, iaitu :

TANDA SEMASA JAGA


  • Jauh daripada ALLAH 
  • Selalu lupa, khayal dan malas
  • Lupa apa yang diucapkan dalam jangkamasa terdekat
  • Menangis tanpa sebab
  • Terlalu suka pada muzik-muzik yang melalaikan 
  • Selalu sakit kepala, dada, tulang belakang dan sendi-sendi
  • Terasa ada sesuatu yang sering mengikut, melihat dan menghampirinya tetapi tidak nampak
  • Terasa berat di atas bahu ataupun kepala
  • Terdengar bisikan atau suara ghaib yang membisikkan sesuatu kepadanya
  • Terdapat kesan lebam di badan semasa bangun daripada tidur. Namun tanda ini juga mungkin disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak sempurna
  • sentiasa was-was dalam akidah dan ibadah

TANDA SEMASA TIDUR

  • Mimpi haiwan seperti ular, anjing dan selainnya
  • Mimpi ada seseorang ingin membunuhnya
  • Mimpi gereja dan tempat-tempat ibadat agama lain 
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi, jatuh dalam air, jatuh dalam api atau jatuh dalam laut
  • Mimpi kanak-kanak kecil
  • Mimpi berada di tanah perkuburan dan tempat-tempat najis
  • Mimpi melihat manusia yang berwajah pelik
  • Berjalan atau bercakap semasa tidur
  • Ditindih oleh makhluk aneh semasa tidur

Inilah sebahagian tanda-tanda gangguan jin pada diri seseorang. Namun perlu juga diingatkan supaya kita hendaklah senantiasa mendekatkan diri kepada ALLAH dengan memperbanyakkan amal ibadah kita.. Kerana apabila kita hampir kepada ALLAH insyaALLAH perkara-perkara bathil akan jauh dari kita, namun apabila kita lalai dari mengingati ALLAH perkara-perkara bathil akan sentiasa dekat dengan kita kerana syaitan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menyesatkan anak Adam dan ummat NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sekian......



Rabu, 23 Januari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL


Assalamaualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul buat semua......
Banyakkanlah selawat sebagai tanda kasih sayang dan cinta kita kepada Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W......

Isnin, 21 Januari 2013

JENIS-JENIS PENYAKIT

Assalamualalikum w.b.t

Alhamduliilah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam
pada posting kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca blog sekalian berkenaan dengan jenis-jenis penyakit..

Secara lazimnya penyakit terbahagi kepada 2 jenis :

1. Penyakit Zahir
    Iaitu penyakit yang terkena pada tubuh badan, kesan daripada pemakanan dan virus yang mengjangkiti 
    pada tubuh badan seseorang yang kurang daya tahan penyakit.

2. Penyakit Rohani
    Iaitu penyakit yang disebabkan masuknya ruh lain ke dalam tubuh badan pesakit yang mengakibatkan 
    berlaku pertembungan di antara dua ruh dalam satu jasad. Dita'rifkan juga oleh ahli psikologi sebagai 
    penyakit 'KERASUKAN' samada sebahagian kerasukan ataupun keseluruhan kerasukan.

Untuk rawatan penyakit zahir bolehlah dirujuk kepada rawatan moden samada di klinik-klinik atau di hsopital. Manakala bagi penyakit rohani yang disebabkan oleh gangguan jin, rawatannya mestilah melalui perawat yang menggunakan kaedah rawatan atau jampi dari ayat suci al Quran, Zikrullah ataupun doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Namun tidak dinafikan bahawa penyakit zai hir juga boleh diubati dengan cara kerohanian kerana al Quran adalah penyembuh bagi penyakit jasmani dan rohani.

Penyakit rohani yang disebabkan oleh gangguan jin terbahagi kepada dua bahagian :

1. Penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin
    Ini berlaku kerana beberapa sebab, di antaranya ialah :
  • Sikap jin yang sentiasa dengki dan hasad kepada manusia yang mempunyai kelebihan berbanding       mereka.
  • Jin menyukai dan jatuh cinta pada manusia.
  • Kezaliman secara tidak sengaja yang dilakukan oleh manusia terhadap jin contohnya : air panas yang dicurahkan kepada mereka, membuang najis di tempat kediaman mereka dan sebagainya
  • Sikap manusia yang takabbur dan lalai daripada mengingati ALLAH.
  • Manusia yang mengamalkan perkara-perkara khurafat, ajaran songsang dan amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.
  • Jin yang diwarisi secara sedar ataupun tidak sedar melalui keturunan atau melalui ilmu yang dipelajari.
2. Penyakit yang disebabkan oeleh gangguan sihir
    Sihir bermaksud memalingkan atau menukarkan sesuatu perkara yang sebenar kepada perkara 
    sebaliknya. Sihir boleh terjadi apabila berlakunya perjanjian dan persetujuan di antara tukang sihir dan jin,     
    jin tersebut diarahakan supaya melaksanakan suruhan tukang sihir.

    Jenis-jenis sihir :
  • Sihir pemisah 
  • Sihir pengasih 
  • Sihir khayalan/ pukau
  • Sihir makan/ santau 
  • Sihir gila
  • Sihir kera sumbang ( tidak suka bergaul )
  • Sihir pendarahan
  • Sihir bisikan 
  • Sihir sakit anggota badan 
  • Sihir menghalang perkahwinan

sekian dulu perkongsian pada kali ini

WASSALAM....

Sabtu, 12 Januari 2013

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum w.b.t.....
Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurniaNYA serta kekuatan dan izin dariNYA akhirnya blog yang serba kekurangan ini dapat diwujudkan..
Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W.. Nabi dan Rasul yang memiliki sifat dan akhlak yang sungguh mulia.... Yang membawa petunjuk dan rahmat ke seluruh alam..

Buat para pengunjung blog ini, blog ini sudah lama ingin diwujudkan... Namun atas sebab merasa kurangnya ilmu pada diri yang jahil ini, keinginan untuk membuatnya ditangguhkan... Namun setelah sekian lama, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mewujudkan juga blog ini walaupun diri ini masih lagi dhoif dalam ilmu terutamanya ilmu rawatan

Blog ini diwujudkan atas nama pusat rawatan milik guru saya iaitu USTAZ SHAHNON AHMAD selaku pengasas kepada PUSAT RAWATAN ISLAM TERAPI QOLBU ( RITEQ ). Blog ini juga diwujudkan untuk mengumpul para perawat yang pernah berguru dengan USTAZ SHAHNON selain untuk perkongsian ilmu...

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat terutamanya dalam ilmu rawatan... Jasa anda semua dalam mengajarkan ilmu rawatan tidak ternilai dengan wang ringgit...

Akhir sekali saya berharap blog yang serba kekurangan ini dapat menjadi wadah perkongsian ilmu dan juga pemangkin kepada dakwah islamiyah yang mampu mengajak umat islam lebih mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA.... Diharapkan juga segala kesilapan yang saya lakukan mendapat teguran dari tuan-tuan yang lebih arif tentang ilmu rawatan ini..

sekian.....
wassalam....